Semalam saya dan suami dijemput menghadiri satu program yang
dianjurkan oleh Unit Latihan PUNB untuk membuat lawatan ke Distribution
Centre Mydin di USJ dan mengadakan lawatan ke Mydin Mall yang pertama
dan terbesar di Malaysia. Acara yang paling best adalah sesi berkongsi
pengalaman bersama pengasas Mydin sendiri iaitu Datuk Wira (Dr) Hj Ameer
Ali b. Mydin.
Pada mulanya kami menyangka yang gudang yang dimaksudkan adalah
gudang di tingkat 1M (di tingkat pemborong) Mydin USJ itu sendiri, tapi
rupanya, gudang yang dimaksudkan terletak di tempat lain dan kami perlu
menaiki bas yang disediakan khas untuk melawat tempat tersebut. Sampai
di sana, memang kami kagum dengan keluasan gudang dan taklimat mengenai
sistem pengurusan gudang yang digunakan. Memang hebat Datuk Ameer
nih..Tapi kami tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar di dalam
gudang tersebut. Kami menghabiskan masa lebih kurang setengah jam di
gudang tersebut. Rasa excited sangat sebab rasanya tak semua orang
berpeluang untuk masuk ke dalam gudang tersebut kan?!! Berbaloi rasanya
ikut walaupun perut dah memboyot sangat dah.. hehe
Back to the Mall, kami disambut oleh Datuk Ameer yang kelihatan
sangat mesra dengan senyuman dan menyapa kami di pintu masuk utama Mydin
Mall. Setelah sesi perkenalan bermula, kami dipecahkan kepada dua group
dan alangkah ruginya kami tidak mendapat group yang di bawa oleh Datuk
Ameer. Kami diberi penerangan oleh Pengurus Besar Mydin Mall dan di bawa
melawat ke dalam Mall tersebut dan diberi penerangan. BAnyak juga tips
yang diberi oleh beliau mengenai perniagaan dan juga diterangkan mengapa
Mydin invest untuk menukar Mallnya ke wajah baru yang lebih
sofistikated. Maklumlah, sebuah Hypermarket Giant kan baru buka di
sebelah Mydin, jadi “Never Underestimate your Competitor” kata Datuk
Ameer. Sebab customer tak pernah loyal, they can switch at any time..
Satu ayat beliau yang agak lucu, “Bila bini baru datang, Bini lama
kenalah Make-up lebih sikit… barulah suami tak jemu!’ dengan merujuk
Giant sebagai bini baru.
Disambut mesra oleh Datuk Ameer sendiri. Kelihatan Jutawan Muda Suraya Lunatots mendengar dengan penuh kusyuk!Habis
sesi lawatan, kami di bawa ke tingkat tiga ke bilik Latihan Mydin.
(MYRA). Pejabat dan bilik latihan tersebut memang luas dan korporat,
kalaulah kami tak join program ni, sumpah tak tau Unit Latihan Mydin ni
wujud. Sesi perkongsian pengalaman pun bermula dan cara penyampaian
Datuk yang santai dan penuh dengan jenaka dan diselang-selikan dengan
beberapa video inspirasi yang menarik menjadikan sesi tersebut tidak
membosankan! Datuk memang pandai mengambil hati audience nya..Habis sesi
tersebut, kami diberi peluang untuk bertanya soalan dan En. Suami pun
mengambil peluang untuk bertanya mengenai bagaimana tips untuk mendapat
staf yang sanggup mati untuk kita. Jawapan Datuk Ameer berikan dalam
bentuk cerita bagaimana beliau sering menghadirkan diri ke rumah staf
beliau yang menghadapi kematian dan kemalangan tak kira bangsa. Beliau
begitu menghargai staf beliau tak kira sekecil mana jawatan staf
tersebut. Sehingga beliau pernah menjamin staf beliau yang di tahan di
lokap!
Habis sesi soal jawab, kami di beri peluang untuk mendapatkan
tanda tangan beliau dalam buku biografi beliau yang diberikan percuma
kepada semua peserta program. Oleh kerana kami mempunyai dua staf dan
kebetulan kami both dapat senaskah, kami minta DAtuk tandatangan buku
tersebut dan memberikan kata-kata semangat untuk diberikan kepada staf
kami nanti.
Akhir sekali kami di bawa ke Restoran Nasi Kandar dan dijamu dengan
jamuan ringan ala mamak selepas sesi bergambar di pintu masuk Mydin
Mall.
Antara Tip-tip perniagaan yang dikongsi oleh Datuk Ameer sepanjang ceramah beliau adalah seperti berikut:
1. Never underestimate your competitor.
2. Manusia ni sebenarnya mampu melakukan sesuatu yang diluar jangkaan diri dia sendiri.
3. You must work hard to achieve what you want. Beliau bercerita
betapa bapa beliau seorang yang terlalu kuat bekerja dan sentiasa berada
di kedai tidak kira hari. Dan ketidakberadaannya di kedai menandakan
beliau berada di hospital!
4. Always treat your staff like family and having a group of staff who would die for you is a blessed!
5. Always focus on what you do. Jangan nak buat semua perkara especialy benda yang you dont have expertise.
6. Sentiasa peka dengan trend terkini and be the trendsetter not trendfollowing.
7. Sell what your customer want not what you want to sell.
8. Working in group is always better than working alone.
9. Forgive every mistake your staff did except lying. Sebab everybody
makes mistake and we learn from mistakes but lying involves attitude
and lead to a bigger sin!
10. Keuntungan bukanlah segala-galanya tapi ADALAH segala-sagalanya dalam perniagaan. In business, everything is about profit.
11. Orang yang kaya dan berjaya perlu pandai menggunakan wang dengan
betul-betul bijak walaupun kadang-kala kita akan dipanggil KEDEKUT.
Ada kisah menarik untuk point no 11 ni. Satu hari Datuk Ameer membawa
bapanya Tuan Mydin makan di restoran mamak. Beliau memesan mee goreng
mamak dengan air kosong sahaja. Kemudian beliau meminta limau lebih.
Rupanya bukan untuk dimakan bersama mee goreng tadi tapi untuk
diletakkan ke dalam air suam tersebut suapaya menjadi air limau suam!!
Begitulah tabiat bapa beliau yang sangat berkira dalam soal duit. Bukan
kerana beliau kedekut tetapi kerana kehidupan beliau yang sangat susah
dahulu menyebabkan beliau begitu menghargai setiap sen wang hasil titik
peluh beliau.
12. Dalam bisnes yang mempunyai kedai, kita kena jaga tiga perkara:
Availability, Visibility dan Customer Service. Sebab tu Mydin mempunyai
kepelbagaian produk yang agak extensive. Ambil contoh kurma, Mydin ada
dari range kurma yang paling murah hinggalah yang berharga ratus2
sekilo.. Dari segi Visibility pula, barangan yang dipamer dan susunletak
haruslah diambil berat dan memudahkan pelanggan mencarinya. Paling
utama adalah layanan kepada pelanggan. Jika kita tidak berjaya menawan
hati pelanggan dengan layanan kita dan mereka berasa tidak puas hati,
ianya sesuatu yang amat bahaya, kerana mereka mungkin menyebarkan
ketidakpuashatian mereka melalui mulut ataupun media dan ini merupakan
bad marketing bagi sesebuah perniagaan.
Kami memang sangat seronok petang semalam dan berasa amat bersemangat
selepas balik dari Mydin. Betullah Dr Azizan cakap, sentiasa bergaul
dengan orang yang berjaya untuk recharged dan mendapatkan aura kejayaan
tersebut.
Disamping itu, sempat juga kami berkenalan dengan dua pasangan hebat.
Satu pasangan adalah pengasas Lunatots , Suraya dan Syazwan. Mereka ni
sangat energetik, humble dan bersemangat serta banyak memberikan kami
tip-tip untuk menigkatkan lagi jualan kami. Truly, a very good sharing
moments we had with them yesterday.
http://hendrawati83.wordpress.com/2013/07/05/sepetang-bersama-datuk-wira-dr-hj-ameer-ali-bin-mydin/
Sabtu, 30 November 2013
Pegangan Hidup Syed Mokhtar Al-Bukhary
1. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
2. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.
3. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal.
4. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
5. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab.
RAMAI yang pernah mendengar mengenai Yayasan Al Bukhary, sebuah badan kebajikan yang telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk tujuan amal.
Yayasan ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, seorang ahli perniagaan yang tidak gemarkan publisiti.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui siapa sebenarnya ahli perniagaan ini dan bagaimana beliau membina empayar perniagaannya.
Wartawan Utusan, ZAHARUDDIN MOHD. ALI cuba menghuraikan siapa sebenarnya Syed Mokhtar dan apa yang telah menjadikan beliau seorang yang amat berjaya.
KEBELAKANGAN ini setiap kali apabila seseorang itu berkata mengenai Persyarikatan Malaysia, satu nama yang akan disebut berkali-kali ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Walaupun beliau tidak begitu diketahui umum, ahli perniagaan yang tidak gemar publisiti ini adalah pemilik pelbagai jenis perniagaan – rangkaian syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya.
Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.
Beliau tidak pernah memberi sebarang wawancara kepada sesiapa lebih gemar kepada cara kehidupan yang low profile.
Namanya tidak pernah tercatat dalam mana-mana syarikat – termasuk syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham walaupun beliau dikatakan telah membuat pelaburan berjuta-juta ringgit.
Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.
Keadaan ini menambah lagi misteri mengenai beliau.
Walau bagaimanapun, menurut mereka yang mengenali Syed Mokhtar, beliau bukanlah seorang yang gemar menyendiri seperti yang disangka.
Beliau adalah seorang yang mudah mesra, peramah dan fokus terhadap apa yang diusahakan selain menggemari gaya hidup yang serba ringkas.
Kereta mewah seperti BMW atau Mercedes Benz yang terbaru bukanlah minat beliau.
Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.
Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.
Menurut seorang pemerhati, Syed Mokhtar hanya memandu kereta Proton Perdana model lama, berpakaian serba ringkas dan akan ke Sentul untuk menikmati teh tarik kegemarannya.
Beliau masih mempunyai sebuah kereta Mercedes yang telah berusia 20 tahun yang digunakan dari semasa ke semasa.
Syed Mokhtar juga menggunakan beg bimbit yang mungkin sama usia dengan kereta Mercedes tersebut.
Persoalannya, siapakah Syed Mokhtar dan apakah falsafah yang telah memberikan semangat kepada ahli perniagaan itu untuk menjadi seorang yang berjaya hari ini – mengambil alih projek-projek mega yang telah gagal dan mengusahakannya semula sehingga berjaya?
Jawapannya menurut Mohd. Sidik Shaik Osman, yang mengenali Syed Mokhtar sejak lebih 25 tahun lalu ahli perniagaan itu dilahirkan di sebuah rumah kampung beratapkan nipah milik kedua ibu bapanya pada 1951.
Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.
Kesusahan dan kemiskinan adalah dua perkara yang beliau amat fahami.
Bapa beliau, Syed Nor, adalah seorang pedagang berketurunan Yaman yang menetap di Kedah, menyara keluarga dengan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian.
Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.
Syed Nor kemudiannya mengusahakan ladang ternakan lembu.
Bagaimanapun, hasil yang diperolehnya adalah amat sedikit dan keadaan memaksa Syed Mokhtar ke pasar setiap pagi sebelum ke sekolah untuk menjual roti canai dan sayur bayam yang ditanamnya sendiri di sebidang tanah kecil di sebelah rumahnya.
Semasa berusia 11 tahun, Syed Mokhtar telah dijaga oleh pakciknya di Johor Bahru yang mahukan beliau menceburi bidang ketenteraan tetapi dibantah oleh ibu bapanya. Disebabkan beliau telah didedahkan kepada suasana alam perniagaan, beliau tidak bersetuju dengan idea tersebut dan kembali ke Alor Setar.
Sekembali beliau ke kampung, perniagaan menjual lembu telah semakin pulih dan kehidupan Syed Mokhtar pada lewat tahun 1960 terbahagi dua – bersekolah di St. Michael Institution, di mana beliau menamatkan pelajarannya di tingkatan lima, dan pada masa yang sama membantu bapanya menguruskan perniagaan dan bertanggungjawab terhadap soal simpanan kira-kira dan urusan pengangkutan.
Gandingan bapa dan anak ini mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan.
Daripada sebuah perniagaan sendiri ia telah menjadikan Alor Setar kepada sebuah pusat perdagangan lembu. Walau bagaimanapun, kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.
Wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membinasakan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Kerana kecewa, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu.
Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.
Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.
Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai.
Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.
Halangan ini telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung hanya kepada satu sumber perniagaan sahaja.
“Bermula dari situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan,” kata Mohd. Sidik, yang kini menerajui Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Johor.
Kekecewaan ayah beliau telah menjadi titik perubahan yang penting dalam kehidupan Syed Mokhtar.
Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.
Beliau mula menjalankan perniagaan dalam memperdagangkan barangan keperluan penting serta menjalinkan kerjasama dengan ahli perniagaan berketurunan Cina.
Pada tahun 1970-an, syarikat bumiputera yang ingin bekerjasama atau berurusan dengan usahawan Cina adalah sesuatu yang unik.
Beliau melakukannya untuk mempelajari cara terbaik menjalankan perniagaan.
Dalam masa yang singkat, beliau telah mempelajari dan membeli perniagaan yang dipelopori oleh ahli perniagaan Cina khususnya dalam bidang pengangkutan (lori), perniagaan dan pemasaran beras, pakaian, pemprosesan makanan dan ternakan.
DARIPADA seorang ahli perniagaan kecil, beliau berjaya membawa dirinya kepada perniagaan yang lebih besar dengan menyertai projek-projek di bawah Persyarikatan Malaysia.
Beliau mula menceburi perniagaan utama pada tahun 1990 dengan mengambil alih dan menguasai saham-saham dalam beberapa syarikat awam yang tersenarai dan entiti kerajaan yang diswastakan, serta projek-projek terbengkalai yang amat memerlukan bantuan kewangan.
Hari ini, Syed Mokhtar muncul sebagai seorang ahli korporat yang disegani, satu usaha dan pengiktirafan yang beliau perolehi komitmen dan berkerja keras dengan matlamat untuk berjaya.
Bagaimanapun, terdapat satu aspek yang tidak pernah dibincangkan oleh media mengenai Syed Mokhtar.
Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.
Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah mengabaikan soal-soal kebajikan.
Beliau menderma berjuta-juta ringgit setiap tahun kepada pelbagai projek kebajikan di bawah Yayasan Al Bukhary yang beliau gunakan sebagai cara untuk membantu mereka yang kurang upaya, menyokong usaha-usaha kebudayaan dan seni Islam.
Sehingga ini, beliau telah membiayai pembinaan lebih 10 buah masjid di Malaysia dan pada tahun 2000, Syed Mokhtar telah menderma sebanyak 1.25 juta pound (RM7.5 juta) kepada pusat Oxford bagi pengajian Islam di London – salah satu pusat pengajaran Islam yang terkemuka.
Sebuah pusat Yayasan Al Bukhary yang bernilai RM300 juta dengan reka bentuk oleh senibina `Moorish’ (Islam Maghribi) sedang dalam pembinaan di Alor Setar dan dijangka siap pada 2004.
“Pusat tersebut dilengkapi dengan sebuah masjid, pusat rawatan, pusat komuniti, sebuah rumah anak yatim, rumah orang-orang tua dan sebuah universiti yang disediakan untuk pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa,” kata Datuk Ismail Yusof yang mengetuai Yayasan Al Bukhary.
Tidak cukup dengan itu, bagi Syed Mokhtar, kebajikan bermaksud membantu mereka yang memerlukan, tidak kira bangsa atau agama.
Dalam hubungan ini, pada tahun 1990-an, Syed Mokhtar telah menyumbang kepada Projek Langkawi – projek yang diusahakan oleh Malaysian Chinese Association (MCA) untuk mengumpul dana bagi sekolah-sekolah Cina dan memberikan biasiswa bagi pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan.
Beliau juga menyumbang mesin dialisis yang ditempatkan di sebuah bangunan rumah kedai di Kluang, Johor bagi kegunaan masyarakat setempat.
Bagaimanapun, sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang seni dan kebudayaan ialah pembinaan Muzium Seni Islam yang diwujudkan dengan kos RM110 juta.
Ia merupakan hasil seni yang tiada tolok bandingnya dan segera menerima pengiktirafan sebagai pusat pemikiran Islam sedunia.
Menurut Ismail: “Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan Syed Mokhtar, ia adalah sikap rendah dirinya.
“Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.
“Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini”.
“Ini kerana segala kejayaan dan kekayaan tidak merosakkan dirinya.
“Kaum keluarga, sahabat handai, saudara mara, rakan perniagaan dan manusia biasa yang telah beliau bantu boleh mengakui perkara ini”.
Syed Mokhtar mendirikan rumahtangga ketika berusia pertengahan 40-an dan sekarang mempunyai empat orang anak – dua lelaki dan dua perempuan.
Ismail berkata, Syed Mokhtar menjadikan pendidikan sebagai tanggungjawab utama kepada adik beradiknya kerana ia adalah sesuatu yang beliau tidak mampu miliki kerana kesempitan wang.
“Beliau mahu melihat adik beradiknya mendirikan rumahtangga dan berada pada kedudukan kewangan yang stabil dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga,” katanya.
Sehingga hari ini, Syed Mokhtar bekerja dari siang hingga larut malam dan ada kalanya sehingga pagi.
Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.
Rumahnya adalah juga ibu pejabat korporat, di mana beliau mengikuti perkembangan syarikat-syarikat dan kebajikan lebih 20,000 pengurus dan kakitangannya.
Dewan di rumah beliau di Kuala Lumpur adalah bilik mesyuarat utama.
Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.
Beliau berjumpa dengan pengarah-pengarah eksekutif dan pengurus-pengurusnya seminggu sekali.
Syed Mokhtar hanya melakukan lawatan kerja jika perlu selain gemar mengadakan perjalanan balik-hari kerana beliau mahu meluangkan masa berkualiti bersama pekerja dan keluarga.
Mohd. Sidik, yang selalu mengunjunginya di rumah beliau berkata:
“Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.
“Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan”.
“Syed Mokhtar sebenarnya bukanlah seorang yang suka menyendiri, sebaliknya adalah seorang yang rendah diri dan suka membantu orang lain.
“Di sebalik kemewahan hidupnya, beliau menjauhi pembaziran dan percaya kepada kesederhanaan dan kualiti dalam semua aspek kehidupan”.
Syed Mokhtar telah mengharungi perjalanan yang jauh – bermula dari membantu bapanya dalam perniagaan lembu kepada memiliki empayar perniagaan yang besar serta dikagumi.
Beliau telah mengambil 30 tahun untuk membina portfolio perniagaannya, tetapi dalam masa itu, beliau tidak pernah memandang kebelakang.
Beliau mahu maju kehadapan dan menggabungkan empayar perniagaannya dan berkongsi kejayaannya.
Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak’ tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.
Beliau juga sering di label sebagai seorang yang `tamak’ tetapi pernahkan seseorang itu terfikir beliau juga berkongsi kejayaan dengan lapan juta pemegang saham menerusi Perbadanan Nasional Berhad yang mempunyai pegangan besar dalam salah satu syarikatnya, Malaysia Mining Corporation.
Menurut Ismail, Syed Mokhtar berpegang kepada dua prinsip asas kejayaannya iaitu – berserah kepada tuhan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan.
Sumber : Utusan Malaysia, 23 September 2002.
SEMBILAN PRINSIP EKOSFERA KEJAYAAN PERNIAGAAN
Pulau Pinang, 23 Ogos -Ahli perniagaan
terkemuka Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin menyenaraikan sembilan
prinsip utama ekosfera perniagaan yang berjaya.
“Jangan menyesal terhadap setiap
keputusan yang dibuat dalam hidup kita dan yang terpenting ialah ingat
kepada sembilan prinsip mudah untuk kekal dalam perniagaan,” kata Ameer
Ali Mydin dalam Ucap Utama penerimaan Anugerah Tokoh Perniagaan atau
Business Person of the Year yang diberikan oleh Asian Academy of
Management (AAM) di sini.
Prinsip pertama ialah “percaya kepada diri sendiri dan dengar kata hati dan berfikir menggunakan akal fikiran.”
Kedua, seseorang itu perlu jujur kepada diri sendiri dan kepada mereka yang menjadi majikan kita.
“Apabila saya ingin membuka hypermarket
pertama Mydin di USJ Subang Jaya tidak ada bank yang ingin memberikan
pinjaman selain dari AmBank yang ketika itu dikenali sebagai
Arab-Malaysian Merchant Bank kerana menurut Tan Sri Azman Hashim, dia
mengingati saya sebagai seorang pekerja yang bekerja keras dan ikhlas,”
katanya.
Lebih 150 peserta dari dalam dan luar
negara yang hadir Persidangan Antarabangsa Akademi Pengurusan Asia 2013
atau Asian Academy of Management International Conference 2013 selama
dua hari yang bertemakan Fostering an Innovative Ecosphere for Business
Strategy yang dianjurkan bersama Pusat Pengajian Pengurusan dan Pusat
Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia (USM).
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings
Bhd itu juga turut dianugerahkan Asian Academy of Management Life
Membership bersama-sama Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik,
Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd. Razak dan Ketua
Eksekutif SME Corporation Dato’ Hafsah Hashim.
Prinsip ketiga ialah sentiasa berfokus dan mempunyai matlamat dalam apa yang ingin dilakukan.
“Apabila melakukan perniagaan seseorang
itu perlu berfokus dan menetapkan matlamatnya, misalnya apabila saya
memulakan perniagaan pertama di jalan Mesjid India, Kuala Lumpur saya
mengawal setiap perbelanjaan dan melakukan semua tugas utama kerana
hanya dengan melalui sesuatu proses yang berlaku, kita akan menjadi
pengusaha yang serba boleh dan tidak boleh ditipu,” katanya.
Keempat, beliau menasihatkan para
peserta agar tidak mengejar wang dan kemasyhuran kerana ia akan datang
sendiri apabila kita berhak untuk mendapatnya serta ingat bahawa bekerja
keras tidak pernah merosakkan seseorang.
Kelima, perlu untuk menjaga pekerja dengan jiwa dan hati nurani kerana mereka akan menjaga pelanggan juga dengan hati nurani.
Keenam, katanya lagi, ialah tidak mudah berputus asa dan takut melakukan kesilapan dalam hidup.
Beliau turut menasihatkan para peserta
agar sentiasa berkongsi pengalaman, kepakaran dan minat dengan sesiapa
sahaja kerana hidup amat sunyi apabila bersendirian. Dengan cara itu
juga seseorang akan dapat berkembang maju dan banyak belajar sesuatu
melalui perkongsian yang dibuat.
Beliau turut menyeru agar seseorang itu jangan sama sekali melupakan asal usulnya.
“Jangan lupa asal usul, di mana kita dan
ibu bapa kita berasal serta sentiasa ingat warisan budaya yang ada
kerana itulah yang menjadikan kita dan membentuk perwatakan yang ada
kerana seseorang tanpa budaya adalah seseorang tiada wajah dan
perwatakannya,” tegas Ameer Ali Mydin.
Prinsip yang terakhir beliau ialah
“jangan lupakan ibu bapa, bagaimana mereka membesarkan kita dan
bagaimana mereka menghadapi segala cabaran sehingga kita mencapai
kejayaan pada hari ini.”
“Sesibuk mana pun kita, satu panggilan
telefon memadai untuk menyatakan kasih sayang dan perhatian kita, malah
berusahalah untuk menziarahi mereka kerana putaran hidup ini menunjukkan
bahawa di mana kita sekarang ini bermula dari kira-kira 30 tahun lalu
manakala 30 tahun yang akan datang sebenarnya bermula dari sekarang,
tentang bagaimana kita menunjukkan contoh tauladan kepada mereka yang
ada sekarang,” tegas beliau.
Hadir sama di majlis ini ialah Timbalan
Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) USM Profesor Dr. Adnan
Hussein yang mewakili Naib Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah Tien
Wah Press Holdings Berhad, YM Tengku Tan Sri Dr. Mahaleel Tengku Arif,
Presiden AAM Profesor Madya Dr. Zamri Ahmad dan ahli-ahli Lembaga AAM
yang lain. Teks: Mohamad Abdullah
Langgan:
Catatan (Atom)