Selasa, 8 Oktober 2013

Capital TV - Persona - S02E03 - Dato' Ameer Ali Mydin











http://www.youtube.com/watch?v=FdtbVCw0A6Y

MYDIN LANCAR SLDN TINGKAT KEMAHIRAN PEKERJA

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) peringkat pasar raya MYDIN di seluruh Malaysia dilancarkan hari ini bagi menjalani latihan semula serta mempertingkatkan kemahiran pekerjanya dalam bidang peruncitan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, SLDN ini merupakan satu inisiatif bijak pihak MYDIN dalam mentransformasikan pekerja ke tahap yang lebih mahir serta memiliki kualiti kerja yang baik bagi memenuhi kehendak dan piawaian industri peruncitan masa kini dan akan datang.
“Program ini juga bagi memastikan staf baru dan sedia ada memahami hala tuju kerjaya dan menjalani kerja dengan lebih mencabar serta mempertingkatkan produktiviti. “Usaha MYDIN ini harus dipuji kerana mementingkan latihan dan mempunyai inisiatif dalam mempertingkatkan kecemerlangan kakitangannya dalam dunia peruncitan”,katanya ketika berucap di majlis pelancaran SLDN dan perasmian Pusat Latihan Akademi Peruncitan (MYRA) dekat sini, hari ini. Program SLDN mengambil nisbah 70 peratus hingga 80 peratus latihan amali manakala selebihnya adalah kelas teori.
Seramai 190 orang perantis yang terdiri daripada pembantu jurujual, juruwang, pembantu perkhidmatan pelanggan, penyelia, eksekutif operasi, penolong pengurus dan pengurus akan menjalani tempoh latihan selama tiga bulan hingga dua tahun mengikut tahap kemahiran yang diambil. Turut hadir, Pengarah Sumber Manusia Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datin Dr. Siti Hawa Mohd dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Nidzam Kamarurzaman.
Menurut Datin Siti Hawa, MYRA adalah ilham Pengarah Urusan MYDIN, Dato’ Hj Ameer Ali bagi memudahkan megadakan program SLDN. MYRA yang telah ditubuhkan pada September tahun lalu telah mendapat kelulusan daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) serta JPK sebagai pusat latihan yang bertauliah. “Kini kami mempunyai akademi sendiri yang dilengkapi dengan alatan latihan serta teknologi informasi bagi meningkatkan keberkesanan latihan yang dijalankan”, katanya.

MYDIN: ICOE MEMACU NEGARA KE ARAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI

Bagi menyokong pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan melancarkan Pusat Kecemerlangan Industri atau Industry Centre of Excellence (ICoE) di Kolej SEGI pada 28 Mei ini. Pusat ICoE yang akan dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ini memberi fokus kepada pembangunan modal insan dari peringkat lepas sekolah, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda dan perkongsian teknologi iaitu melalui Program Pembangunan Pembekal (Vendor Development Porgram).

Penubuhan ICoE ini bertujuan memenuhi salah satu daripada 12 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam industri perkhidmatan kewangan sehingga industri pelancongan. Daripada 12 bidang tersebut, kluster borong, peruncitan dan pengagihan telah dikenal pasti sebagai penyumbang terbesar dalam pengwujudan kerja baru menjelang 2020 itu sebanyak 595, 000. Dalam aspek ini, ICoE sedang dibangunkan Malaysian Retailer-Chains Association (MRCA) bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan disokong oleh Kolej Universiti SEGI dan ICoE Mydin Mohamed Holdings bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

MRCA dan Mydin Mohamed Holdings merupakan antara persatuan dan syarikat yang memainkan peranan utama dalam bidang borong, peruncitan dan pengagihan di negara ini. Persatuan MRCA dianggotai oleh lebih 200 rantaian kedai runcit serta francaisor dan menaungi hampir 10,000 cawangan di seluruh Malaysia. Dengan rangkaian yang luas, ia berupaya mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara. Penglibatan MRCA ini dapat membantu dalam aspek pembangunan modal insan dan juga membuka peluang pekerjaan melalui kerja sementara yang dibuka untuk mereka yang masih menuntut di universiti, politeknik, kolej komuniti, kolej swasta dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang berhampiran.

Mydin Mohamed Holdings pula merupakan syarikat pemborong tempatan yang terkenal dengan variasi konsep perniagaan yang dimiliki antaranya hypermarket, mini market, emporium, bazaar, Mydin Mart, MyMart dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta mempunyai cawangan hampir di seluruh negara. Kepelbagaian konsep perniagaan ini secara tidak langsung membantu pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS) negara serta menyumbang kepada peningkatan kebolehpasaran dan peluang pekerjaan. ICoE MYDIN bergerak jauh ke hadapan membantu pembekal, usahawan, peruncit dan pengusaha IKS untuk bersaing secara kompetitif dalam industri berpandukan konsep 5P, iaitu Produk, Penyelarasan Harga, Perkhidmatan, Promosi dan Pasaran. Malah, ICoE MYDIN juga berperanan sebagai pemberi khidmat nasihat, menyediakan peluang pasaran dan memberi bimbingan teknikal kepada syarikat vendor.

http://www.mydin.com.my/mydin/a/a1502.html

BUKU SEJARAH PENUBUHAN MYDIN "DI SEBALIK TABIR"

Tajuk : MYDIN : Disebalik TabirPenulis : Datin Dr. Hjh Siti Hawa MohdPenerbit : MPH publishingTahun : 2012Page : 251Harga : RM12.00

Mydin Mohamed Holdings Berhad semalam melancarkan buku sejarah penubuhannya, Mydin Di Sebalik Tabir, atau versi Inggerisnya Mydin The Untold Story. Buku yang menceritakan tentang sejarah pahit maung pengasasnya, Tuan Mydin Mohamed, dalam membangunkan perniagaan itu ditulis oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Dr. Siti Hawa Mohd. Menurut beliau, buku itu memuatkan kisah tentang bagaimana MYDIN bermula daripada sebuah perniagaan kecil-kecilan sehingga menjadi salah sebuah pasar raya terbesar di negara ini.

Tambahnya lagi, idea untuk menulis buku ini bermula sejak tahun 1998, iaitu ketika beliau ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Sumber Manusia di Mydin. “Namun, hanya dua tahun kebelakangan ini saya baru berkesempatan untuk melengkapkan penulisan buku ini,” katanya. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta perniagaan, tanpa mengira umur dan latar belakang sosial. Segala nilai murni yang ditonjolkan dapat dijadikan panduan oleh para pembaca, terutamanya bagi yang berada dalam bidang perniagaan untuk menjadi seorang peniaga yang berdaya saing.

Harga bagi buku ini ialah RM 12.90 bagi versi bahasa Melayu manakala RM 14.90 untuk versi bahasa Inggeris. Majlis yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center (MVEC) Mid Valley itu turut dihadiri Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Dato’ Ameer Ali Mydin, beserta Ketua Pegawai Eksekutif MPH Group, Datuk Ng Tieh Chuan. Para pembeli boleh mendapatkan buku ini di gedung buku MPH bermula semalam, serta di semua cawangan Mydin bermula minggu depan.

Tuan Mydin Mohamed, pengasas dan pengerusi syarikat MYDIN Mohamed Holdings Berhad mengumpulkan segala pengalaman beliau dari pelbagai aspek termasuk keusahawanan, pemasaran, motivasi dan inspirasi dalam buku yang diberi nama ‘MYDIN The Untold Story’, atau dalam versi Bahasa Melayunya…

MYDIN Di Sebalik Tabir

Buku ini menceritakan kisah pahit manis Tuan Mydin yang membangunkan syarikatnya dari Kelantan, sehingga kini menjadi sebuah syarikat gergasi yang mendominasi industri jualan barang runcit di seluruh Malaysia.
Buku ini diterbitkan oleh MPH Group Publishing, dan merupakan satu penghormatan besar terhadap syarikat penerbitan dan jualan buku ini kerana diberi peluang untuk menerbitkan buku yang menceritakan kisah kejayaan syarikat anak tempatan ini.
mydin mohamad - pengasas mydin holdings
Menurut Ivy Tan, Pengurus Besar syarikat ini, beliau bangga dan berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan kepada penulis dan pemilik syarikat itu kerana memilih MPH Group Publishing, untuk menerbitkan buku ‘MYDIN Di Sebalik Tabir’.
Tambah beliau, dengan kewujudan buku ini, maka masyarakat akan sedar tentangkepentingan memulakan perniagaan, dan juga liku-liku yang bakal dihadapi apabila membuat keputusan untuk berada dalam landasan 9/10 rezeki di muka bumi ini.

Siapa Penulisnya?

Kedua-dua buku versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ini ditulis oleh Datin Dr. Hajah Siti Hawa binti Mohd, Pengarah Sumber Tenaga Manusia MYDIN Mohamed Holdings Berhad.
 Datin Dr. Hajah Siti Hawa binti Mohd - isteri Dato' Ameer Ali Mydin
Dalam sesi pelancaran buku, beliau menyatakan keinginannya untuk menulis buku ini sejak tahun 1998. Akibat daripada kesibukan yang melanda untuk menguruskan syarikat ini, keinginan itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
Namun begitu, Datin Dr. Hajah bernekad untuk menyiapkan karyanya dan akhirnya ia berjaya diterbitkan pada tahun ini.

Siapa Wajib Memiliki Buku Ini?

Buku ini berbeza dengan buku-buku perniagaan dan keusahawanan sedia ada yang dijual di kedai-kedai buku. Ini kerana setiap ilmu yang dikompilasikan dalam ‘MYDIN Di Sebalik Tabir’ adalah pengalaman sebenar, yakni ilmu yang dipraktiskan setiap hari untuk membangunkan empayar perniagaan sehingga MYDIN kini mempunyai 47 buah cawangan di Malaysia.
47 cawangan mydin di seluruh Malaysia
Selain itu, MYDIN juga turut meluaskan jenama syarikatnya menerusi:
  • 3 pasaraya besar (USJ & Kuala Terengganu).
  • 19 emporium.
  • 2 bazar (Melaka dan Putrajaya).
  • 14 pasar mini (MyMYDIN).
  • 4 kedai serbaneka (MyMart).
  • 5 kedai francais Mydin Mart.
MYDIN juga kini dalam perancangan untuk membuka 2 lagi cawangannya di Manjoi, Perak dan Kulai, Johor.
Berdasarkan isi kandungan yang disampaikan menerusi buku ini, para pembaca yang perlu memiliki MYDIN The Untold Story dan MYDIN Di Sebalik Tabir terdiri daripada golongan:
  • Tuan dan cikpuan yang ingin tahu bagaimana tercetusnya idea untuk menubuhkan MYDIN.
  • Pengalaman dan proses sebenar membina perniagaan menjual barangan runcit.
  • Elemen-elemen dan rahsia yang menjadikan perniagaan itu berjaya.
  • Nota motivasi yang akan membuatkan kita sentiasa bersemangat untuk membangunkan perniagaan baru atau perniagaan sedia ada.

Maklumat Lanjut Buku MYDIN Di Sebalik Tabir

Pihak MPH menerbitkan dua versi buku dengan harga yang berbeza untuk golongan pembaca yang berbeza iaitu:
  • MYDIN The Untold Story – RM14.90 sahaja.
  • MYDIN Di Sebalik Tabir – RM12.90 sahaja.
MPH juga menawarkan hadiah istimewa kepada pembeli buku ini. Di mana tuan dan cikpuan akan menerima kad keahlian Meriah Blue Card Membership selama 1 tahun. Ia akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang membeli buku ini di mana-mana cawangan MPH mulai hari ini.

Ulasan Buku Menyusul dan Kata Keramat Daripada Pemilik Mydin

Pihak Majalah Niaga akan melakukan satu ulasan khas untuk buku ini bagi menilai kualiti isi kandungannya. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikpuan Nor Syariza Muhamad Tahir, Unit Berita dan Media MYDIN Mohamed Holdings Berhad atas jemputan khas ini.
Mydin-The-Untold-Story
Izin kami berkongsikan salah satu daripada kata-kata keramat daripada pengasas dan pengerusi syarikat ini.
“Naik tangga jangan berlari, kerana jika berlari kita mungkin akan terjatuh satu hari nanti. – Tuan Mydin Mohamed”

 http://www.majalahniaga.com/pelancaran-buku-mydin-di-sebalik-tabir.html

PEMBANGUNAN MYDIN



Pertumbuhan Pesat sejak 1987




Gambar Mydin Hypermarket, Subang Jaya

Dalam fasa yang kedua sejak tahun 1987,  Kumpulan Mydin telah melalui peringkat  pertumbuhan yang pesat,  setelah Dato’ Ameer Ali menyertai Kumpulan. Jika sebelumnya, ia hanya memiliki dua buah kedai sejak tertubuhnya pada tahun 1957 di Kota Bharu, sejak tahun 1987, Kumpulan Mydin telah berkembang pesat di seluruh semenanjung sehingga kini mampu memiliki lebih sembilan puluh buah kedai termasuk beberapa buah pasaraya dan emporium, dengan nilai jualan berjumlah lebih daripada RM 1.6 bil. setahun.

Kini, Dato’ Ameer Ali Mydin adalah  Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd.


Program Transformasi Kedai Runcit(TUKAR)

Kumpulan Mydin adalah sebuah daripada pasaraya yang terlibat dalam program TUKAR dan berperanan sebagai konsultan dan membantu  dalam melaksanakan program ini.

Perubahan hasil Program TUKAR di sebuah pasar mini di Merlimau

Program ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Perdagangan dalam Negeri dibawah NKEA untuk memodenkan kedai runcit tradisi. Proses transformasi ini merangkumi mengatur semula barang niaga, melaksanakan point of sale system yang baru yang lebih effisien, dan meningkatkan rupa bentuk disebelah dalam dan luar kedai. Kedai yang terbabit akan diberi pinjaman oleh Bank Rakyat sejumlah diantara RM20,000 dan RM60,000.

Kedai Rakyat 1 Malaysia(KR1M)

Sebagai tanggungjawab sosial dan berikutan kejayaan dalam Program TUKAR,  Kumpulan Mydin telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan sebagai operator KR1M.
Sebagai Operator,  Mydin  membantu dalam memasang peralatan dan rek rek kedai , pengurusan bekalan,  IT Support untuk sistem jualan, kemahiran teknik dan penjualan, dan latihan.

Najib melawat KR1M di kelana Jaya


Sejak ditubuhkan pada pertengahan tahun 2011, kini sudah terdapat kira kira 30 buah kedai Rakyat 1 Malaysia di Semenanjung Malaysia.


http://dahalmi.wordpress.com/category/artikel-business/

Pasaraya Mydin, Pengasas dan Sejarahnya

Pengenalan

Kumpulan Mydin,antara kumpulan perniagaan runcit dan borong yang terbesar di Malaysia, dengan jualan tahunan mencecah RM 1.6 bil., bermula dengan sebuah kedai kecil di Kota Bharu pada tahun 1957. Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, kini berusia 83 tahun, adalah pengasas Kumpulan ini. Beliau dilahirkan pada tahun 1928 di Pulau Pinang kepada keluarga Ghulam Hussein bin Jamal.  Encik  Jamal, bapa kepada Ghulam Hussein,  merupakan seorang  imigran muslim dari India.

En. Mydin berbekal dengan simpanan peribadi , tiada jalan pintas, tanpa tongkat atau bantuan kewangan dari kerajaan, mampu memulakan ‘empire perniagaan’ hanya mulai dengan ruang kedai yang amat kecil. Hanya selepas 22 tahun pada 1979, En. Mydin membesarkan perniagaan beliau ke negeri berhampiran, Trengganu. Bayangkanlah begitu lama, sehingga 2 dekad! Usahawan muda masakini tidak begitu bersabar, mereka sentiasa  ingin melihat hasil dengan lebih pantas   serta  mencuba meneroka dengan jalan pintas. Usahawan masakini kadang kalanya tidak memahami keadaan ini. Dalam alam perniagaan, anda perlu belajar mengurus kewangan dan mengelak pinjaman yang berlebihan dikala sumber hasil masih lagi terhad. Kini Kumpulan Mydin memiliki lebih daripada 90  kedai termasuk lapan buah pasaraya besar  dan Mydin wholesale emporium dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Keluarga Mydin

Mydin Mohamed pada tahun 1949 berkahwin dengan seorang gadis dari India berumur 15 tahun bernama Rowshan Bhai. Mereka  dikurniakan seramai tujuh orang anak, iaitu tiga orang anak perempuan dan empat orang lelaki. Kini Kumpulan Mydin di terajui oleh anak Mydin Mohamed yang kedua, Dato’  Ameer Ali Mydin. Beliau berkelulusan Masters in International Business dari Sonoma State University, California dalam tahun 1981, dan hanya menyertai perniagaan keluarga Mydin dalam tahun 1987 setelah beberapa tahun berkhidmat dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim.



Jatidiri Keluarga Mydin disebalik Kejayaan

Kejayaan Kumpulan Mydin pasti tidak dapat dipisahkan daripada jatidiri keluarga tersebut, yang nampaknya banyak dipengaruhi nilai dan budaya keluarga yang berasal dari India, sungguhpun pengarah urusan, Dato’ Ameer Ali merupakan generasi keempat yang bermastautin di Malaysia. Ayah kepada datuk beliau, Encik Jamal berhijrah ke Malaysia dalam tahun 1916. Seperti ramai imigran lain, beliau adalah diantara anak anak muda yang berani menyahut cabaran dan mengharungi lautan untuk mencari peluang perniagaan di tempat baru. Mengikut cerita, ini berlaku setelah beliau terbaca akbar di India tentang kejayaan imigran bangsa Cina di Malaya ketika itu.

Ghulam Hussein, bapa kepada Mydin Mohamed sudah cukup berjaya dalam perniagaan disekitar tahun 20-30han.  Sungguhpun demikian, dengan nilai nilai dan budaya niaga yang kukuh, keluarga ini kekal dengan sifat sifat yang perlu untuk kejayaan seterusnya. Persekolahan diutamakan dan En Mydin dihantar ke sekolah Inggeris . Mereka  kekal dengan cara hidup yang sedarhana dan berdisiplin. Kini, setelah berjaya Encik Mydin masih lagi seorang yang suka merendah diri dan berjimat cermat. Berpandukan penulisan  yang kita dapati, sifat berjimat cermat merupakan nilai amat penting  dalam keluarga Mydin. Walau kadang kali ianya nampak keterlaluan dari kaca mata masyarakat Melayu,  sekurang kurangnya kita harus faham sifat berjimat cermat adalah  sifat baik yang perlu dibudayakan untuk maju kehadapan.

Keluarga Mydin juga berpegang teguh kepada kejujuran dalam keluarga dan dikalangan pekerja pekerja mereka. Pembelotan pernah berlaku dimana supervisor kedai menggelap wang hasil jualan. Tindakan disiplin, walaupun sukar dilakukan,  terpaksa diambil dengan segera setelah terbukti kesalahan,  dengan menamatkan perkhidmatan kakitangan berkenaan. Pengurusan boleh mema’afkan kesilapan, tetapi tidak  jika ia melibatkan penipuan dan ketidakjujuran. Sudah pasti persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan kumpulan ini.  Ini kerana sekurang kurannya dalam tiga generasi kedua dua ibu dan bapa mereka adalah dari keturunan dengan  jadidiri yang serupa.

Satu lagi ciri ciri yang perlu diambil perhatian,  Encik Mydin Mohamed  tidak memulakan perniagaan dengan ayahnya, sungguhpun ayah beliau sudah  berjaya. Beliau memilih untuk mulai berkhidmat dari bawah dengan perniagaan Mr. Peerbhai. Disini beliau menimba banyak pengalaman untuk mengurus kedai runcit.
Begitu juga anak beliau  Dato’ Ameer Ali Mydin juga tidak mulai berkhidmat dengan perniagaan ayah beliau dari awal.  Di sini pendidikan universiti menjadi prioriti sebelum beliau mulai bertugas dengan Arab Malaysian Merchant Bank di bawah Tan Sri Azman Hashim. Hanya setelah menimba pengalaman berkhidmat dalam  bank dan  setelah menjalin networking yang perlu, beliau mulai berkhidmat dalam perniagaan keluarga.

Jelas nampak disini yang kejayaan kejayaan kumpulan Mydin berkait rapat dengan jatidiri keluarga, pendidikan yang baik, pengalaman disekitar perniagaan yang moden dalam AMMB dan juga jalinan networking yang mereka bina.

http://dahalmi.wordpress.com/category/artikel-business/

Biodata Usahawan Mydin..YBhg. Dato 'Haji Ameer Ali bin Mydin


YBhg. Dato 'Haji Ameer Ali bin Mydin dilahirkan pada 4 Jun 1956 di Kota Bharu, Kelantan, dan merupakan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. Dengan sokongan kuat dan berterusan daripada ahli keluarga dan kakitangan, beliau membuat Mydin pemborong terbesar dan peruncit di negara ini, yang beroperasi lebih daripada 95 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Rantaian perniagaan MYDIN telah berkembang ke dalam jenis perniagaan dari emporium, pasar raya besar, kedai serbaneka, pasar mini dan bazar, dan perolehan MYDIN kini melebihi RM1.6 bilion setahun.
Beliau menyifatkan kejayaan beliau kepada ciri-ciri kepimpinan yang berdisiplin seperti ketepatan masa, disiplin, kejujuran, dan kesederhanaan. "Jika anda tiba tepat pada masanya anda lewat!" Moto ini telah memeluk oleh pekerja-pekerja dan ahli keluarga.
Dato 'Haji Ameer Ali telah menumpukan tenaga dan kepakaran untuk ekonomi Malaysia kesejahteraan. Beliau membuat sumbangan besar kepada pembangunan industri runcit Malaysia bukan sahaja dengan aktif menyokong dan mempromosikan produk tempatan dan IKS / PKS tetapi juga menjalankan perniagaan cara yang sihat dengan mengamalkan produk dan perkhidmatan Halal.

Sebagai pengiktirafan sumbangan Dato 'Haji Ameer Ali kepada aspirasi Industri Peruncitan Malaysia dan usahawan bumiputera, beliau telah dikurniakan dengan beberapa anugerah:
         Malaysia Business Leadership Awards 2009 under the category of Master CEO of the year 2009 by Kuala Lumpur Chamber of Commerce
        Brand Laureate SMEs Chapter Awards 2009 under the category of Personality Award
        Pemenang ke-8 Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2009 di bawah kategori Kepimpinan Kecemerlangan
        Pemenang Anugerah Usahawan Tahun oleh Ernst & Young di bawah kategori Master Entrepreneur 2007
        Pemenang tahun  Kepimpinan Excellencent (2007) yang dianugerahkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur Malaysia (DPMMKL) Dibentangkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Wathiqubillah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Sultan Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah
        Anugerah Keusahawanan Asia Pacific Entrepreneurship Award (APEA) for Malaysia Region di bawah kategori Usahawan Cemerlang 2007
        Dianugerahi Dato '(DIMP) oleh Sultan Pahang pada tahun 1999


TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED 50 KISAH DAN PRINSEP HIDUP


Isnin, 7 Oktober 2013

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED

-Umur - 53 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal

Latar Belakang Kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya। Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu Keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira। Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula Berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras। Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan Syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus। Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan Terus Berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan Pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan Perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan Dalam Projek Penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn.Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.



Objektif Penubuhan Yayasan Al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek Utama Yayasan Al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.

Info ini diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546


Pengenalan Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.
Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikatmnya mempunyai 67,700 tenaga pekerja.Beliau juga 'Wira Dermawan Asia' selain Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Leonard Linggi Tun Jugah, dan Hishamudin Ubaidulla.

Keluarga dan Pendidikan

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.
Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.
Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah bin Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.


Kerjaya Perniagaan Runcit

Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.

Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).Pada 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.


Syarikat Usahasama

Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syed Bukhari memegang 52 % saham dan Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 % dan 16 %. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.
Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.
Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton


Penswastaan Pelabuhan

Syed Bukhari menubuhkan Bukhari Shipping dan bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia. Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas'. Kapal itu mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).
Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Dasar penswastaan dijalankan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengurangkan pergantungan kerajaan . Menteri Besar Johor ketika itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin . Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta menerusi program penswastaan dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.


Lebuh Raya

Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). MMC dapat kontrak membina Lebuh Raya Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu . Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia . 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Syed mokhtar juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia dan Singapura

Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003.

Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS). Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta. Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion.


Kerja Kebajikan

Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary pada 1996 yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak. Melalui Yayasan ini, sebanyak RM1 Bilion telah disumbangkan/ didermakan untuk membiayai pelbagai program kebajikan.
Menerusi Program Tuisyen Albukhary pada 2001,sebanyak 500 pusat tuisyen telah ditubuhkan.Setiap tahun lebih 22,000 pelajar menyertai kelas itu dan mereka yang berjaya cemerlang menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Setiap guru tuisyen dibayar RM40 sejam untuk mengajar Sains dan Matematik dan Bahasa Inggeris. Bantuan turut disalurkan kepada ke negara Pakistan, Uganda, Afrika Selatan dan Lebanon dengan 300 pemegang Biasiswa Albukhary dari lebih 47 buah negara Islam kini belajar di Malaysia.

Beliau menubuhkan universiti swasta, Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah pada 2010. Bekas Naib Canselor USM Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dilantik sebagai Naib Canselor AIU.Kampus AIU terletak di dalam Pusat Ilmu Sharifah Rokiah di Jalan Tun Abdul Razak di Alor Setar.
Pusat Perubatan Albukhary di Kompleks Albukhary di Alor Setar dilengkapi dengan pusat dialisis dan mempunyai 36 unit mesin haemodialysis secara percuma. Menerusi Yayasan al Bukhary, 20 buah masjid dibina dan membaik pulih Masjid Negara supaya terang dan bercahaya. Antaranya ialah masjid di Rantau (RM7.9 juta - 2500 jemaah); Seremban 2 (RM7.5 juta -3000 jemaah); Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir. Yayasan juga membina Muzium Kesenian Islam (RM70 juta) pada 1998. Yayasan ini juga membiayai golongan fakir terutama imam, bilal dan siak masjid untuk menunaikan Haji setiap tahun. Kompleks al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah siap pada 2004. Kompleks itu lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan. Yayasan al-Bukhary juga menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.


Tokoh Maal Hijrah 2008/1429H

Pada 10 Januari 2008, Syed Mokhtar diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan . Beliau menerima hadiah berupa piala, pingat dan wang tunai RM80,000 yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut hadir di majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary#Lebuh_raya

Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.

Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.

Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.

Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

 Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.