Mydin Mohamed Holdings Berhad semalam melancarkan buku sejarah penubuhannya, Mydin Di Sebalik Tabir, atau versi Inggerisnya Mydin The Untold Story. Buku yang menceritakan tentang sejarah pahit maung pengasasnya, Tuan Mydin Mohamed, dalam membangunkan perniagaan itu ditulis oleh Pengarah Sumber Manusia Mydin, Datin Dr. Siti Hawa Mohd. Menurut beliau, buku itu memuatkan kisah tentang bagaimana MYDIN bermula daripada sebuah perniagaan kecil-kecilan sehingga menjadi salah sebuah pasar raya terbesar di negara ini.
Tambahnya lagi, idea untuk menulis buku ini bermula sejak tahun 1998, iaitu ketika beliau ditawarkan jawatan sebagai Pengarah Sumber Manusia di Mydin. “Namun, hanya dua tahun kebelakangan ini saya baru berkesempatan untuk melengkapkan penulisan buku ini,” katanya. Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta perniagaan, tanpa mengira umur dan latar belakang sosial. Segala nilai murni yang ditonjolkan dapat dijadikan panduan oleh para pembaca, terutamanya bagi yang berada dalam bidang perniagaan untuk menjadi seorang peniaga yang berdaya saing.
Harga bagi buku ini ialah RM 12.90 bagi versi bahasa Melayu manakala RM 14.90 untuk versi bahasa Inggeris. Majlis yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center (MVEC) Mid Valley itu turut dihadiri Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Dato’ Ameer Ali Mydin, beserta Ketua Pegawai Eksekutif MPH Group, Datuk Ng Tieh Chuan. Para pembeli boleh mendapatkan buku ini di gedung buku MPH bermula semalam, serta di semua cawangan Mydin bermula minggu depan.
Tuan Mydin Mohamed, pengasas dan pengerusi syarikat MYDIN Mohamed Holdings Berhad mengumpulkan segala pengalaman beliau dari pelbagai aspek termasuk keusahawanan, pemasaran, motivasi dan inspirasi dalam buku yang diberi nama ‘MYDIN The Untold Story’, atau dalam versi Bahasa Melayunya…
MYDIN Di Sebalik Tabir
Buku ini menceritakan kisah pahit manis Tuan Mydin yang membangunkan syarikatnya dari Kelantan, sehingga kini menjadi sebuah syarikat gergasi yang mendominasi industri jualan barang runcit di seluruh Malaysia.
Buku ini diterbitkan oleh MPH Group Publishing, dan merupakan satu penghormatan besar terhadap syarikat penerbitan dan jualan buku ini kerana diberi peluang untuk menerbitkan buku yang menceritakan kisah kejayaan syarikat anak tempatan ini.
Menurut Ivy Tan, Pengurus Besar syarikat ini, beliau bangga dan berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan kepada penulis dan pemilik syarikat itu kerana memilih MPH Group Publishing, untuk menerbitkan buku ‘MYDIN Di Sebalik Tabir’.
Tambah beliau, dengan kewujudan buku ini, maka masyarakat akan sedar tentangkepentingan memulakan perniagaan, dan juga liku-liku yang bakal dihadapi apabila membuat keputusan untuk berada dalam landasan 9/10 rezeki di muka bumi ini.
Siapa Penulisnya?
Kedua-dua buku versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ini ditulis oleh Datin Dr. Hajah Siti Hawa binti Mohd, Pengarah Sumber Tenaga Manusia MYDIN Mohamed Holdings Berhad.
Dalam sesi pelancaran buku, beliau menyatakan keinginannya untuk menulis buku ini sejak tahun 1998. Akibat daripada kesibukan yang melanda untuk menguruskan syarikat ini, keinginan itu terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
Namun begitu, Datin Dr. Hajah bernekad untuk menyiapkan karyanya dan akhirnya ia berjaya diterbitkan pada tahun ini.
Siapa Wajib Memiliki Buku Ini?
Buku ini berbeza dengan buku-buku perniagaan dan keusahawanan sedia ada yang dijual di kedai-kedai buku. Ini kerana setiap ilmu yang dikompilasikan dalam ‘MYDIN Di Sebalik Tabir’ adalah pengalaman sebenar, yakni ilmu yang dipraktiskan setiap hari untuk membangunkan empayar perniagaan sehingga MYDIN kini mempunyai 47 buah cawangan di Malaysia.
Selain itu, MYDIN juga turut meluaskan jenama syarikatnya menerusi:
- 3 pasaraya besar (USJ & Kuala Terengganu).
- 19 emporium.
- 2 bazar (Melaka dan Putrajaya).
- 14 pasar mini (MyMYDIN).
- 4 kedai serbaneka (MyMart).
- 5 kedai francais Mydin Mart.
MYDIN juga kini dalam perancangan untuk membuka 2 lagi cawangannya di Manjoi, Perak dan Kulai, Johor.
Berdasarkan isi kandungan yang disampaikan menerusi buku ini, para pembaca yang perlu memiliki MYDIN The Untold Story dan MYDIN Di Sebalik Tabir terdiri daripada golongan:
- Tuan dan cikpuan yang ingin tahu bagaimana tercetusnya idea untuk menubuhkan MYDIN.
- Pengalaman dan proses sebenar membina perniagaan menjual barangan runcit.
- Elemen-elemen dan rahsia yang menjadikan perniagaan itu berjaya.
- Nota motivasi yang akan membuatkan kita sentiasa bersemangat untuk membangunkan perniagaan baru atau perniagaan sedia ada.
Maklumat Lanjut Buku MYDIN Di Sebalik Tabir
Pihak MPH menerbitkan dua versi buku dengan harga yang berbeza untuk golongan pembaca yang berbeza iaitu:
- MYDIN The Untold Story – RM14.90 sahaja.
- MYDIN Di Sebalik Tabir – RM12.90 sahaja.
MPH juga menawarkan hadiah istimewa kepada pembeli buku ini. Di mana tuan dan cikpuan akan menerima kad keahlian Meriah Blue Card Membership selama 1 tahun. Ia akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang membeli buku ini di mana-mana cawangan MPH mulai hari ini.
Ulasan Buku Menyusul dan Kata Keramat Daripada Pemilik Mydin
Pihak Majalah Niaga akan melakukan satu ulasan khas untuk buku ini bagi menilai kualiti isi kandungannya. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikpuan Nor Syariza Muhamad Tahir, Unit Berita dan Media MYDIN Mohamed Holdings Berhad atas jemputan khas ini.
Izin kami berkongsikan salah satu daripada kata-kata keramat daripada pengasas dan pengerusi syarikat ini.
“Naik tangga jangan berlari, kerana jika berlari kita mungkin akan terjatuh satu hari nanti. – Tuan Mydin Mohamed”
http://www.majalahniaga.com/pelancaran-buku-mydin-di-sebalik-tabir.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan